Wednesday 21 December 2011

Tahniah Pro-Aspirasi!!!

Assalammualaikum...

Pendahuuluan


Alhamdulillah. Berikutan dengan perhimpunan aman yg dianjurkan oleh pihak Pro-Aspirasi kampus IPTA/S. Sy selaku ketua umum AKSI menyokong dan mendorong tindakan mereka ini. Apa yang mereka lakukan ini adalah selari dengan peruntukan perlembagaan Malaysia.

Setelah seberapa lama pimpinan mahasiswa cuba menerapkan nilai kesedaran hak asasi manusia kepada mahasiswa kampus akhirnya pimpinan Aspirasi mengiktiraf bahawa Demonstasi adalah salah satu cara untuk menunjukkan ketegasan dan memberi tekanan kepada pihak-pihak yang mereka sasarkan perhimpuunan itu. Tahniah secara peribadi saya panjangkan.

Pendirian
Terlihat pelbagai ekspresi masyarakat samada ahli politik mahupun pimpinan mahasiswa terhadap piket aman ini. Ada yang mencemuh dan tidak kurang juga yg menyokong. Saya selaku mahasiswa yg menjunjung perlembagaan malaysia mengambil pendekatan menyokong secara total tindakan mereka itu.

Jika masih terdapat pihak2 yang kurang senang, sy kira mereka ini barangkali cemburu atau masih tidak faham apa itu kebebasan bersuara yg diperjuangkan selama ini. Tidak perlu bersikap defensif kepada mana2 pihak, cukup kita peka bahawa apa yg mereka lakukan itu selari dengan perkara yg dinyatakan jelas dalam perlembagaan Malaysia.

AUKU 1971 dan sekutu

Apabila pimpinan aspirasi menunjukkan penafian mereka terhadap AUKU 1971 dan sekutu, ini merupakan kemenangan besar terhadap kami pimpinan gerakan mahasiswa. Benih yang kami tanam telah bercambah mengeluarkan hasil. Tinggal masa untuk di tuai.

Dalam masa yang sama ini pimpinan aspirasi sebenarnya bukan sahaja menyampai mesej secara tersurat iaitu yang mereka menyayangi DS Najib, malah dalam masa yang sama mereka juga membawa mesej yang jelas secara tersirat yg sebenarnya mereka juga sudah muak dengan akta yang mencengkam mahasiswa iaitu AUKU 1971 dan sekutu. Disebab kan itu lah mereka menggunakan saluran berdemonstrasi. Sepertimana yg mereka katakan sebelum ini bahawa berdemonstrasi itu diluar nilai intelektualisme mahasiswa. Kini mereka sudah pun termakan dengan kata-kata mereka sendiri.

Penutup
Tahniah kepada kepimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kerana berjaya menyuburkan nilai-nilai hak asasi manusia kepada rakyat kampus secara seluruhnya. Usaha SMM ini jelas mendatangkan hasil kepada pembangunan intelektual mahasiswa secara kolektif sekaligus menjamin kepada penerapan nilai hak-hak asasi manusia sejagat yang telah termetrai dalam deklarasi sebelumnya.


'Mahasiswa Mendepani ISU'

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)

Universiti Selangor (unisel)

AKSI akan pertahan tindakan Adam Adli~

Assalammualaikum...

Melihat kepada isu menurunkan bendera muka najib di PWTC pada 17 disember lalu sebagai isu yang semakin hari semakin panas, menarik minat saya menulis di ruang halaman blog ini mengenai nya. Isu ini harus lah dilihat dalam beberapa perspektif bukan di nilai melalui kaca mata politik semata. Sejurus selepas inseden tersebut, terdapat beberapa reaksi daripada puak-puak UMNO dan sekutunya. termasuklah tindakan mengugut dan mengancam keselamatan Adam Adli.

Situasi Sebenar

Saya merupakan salah seorang daripada ratusan mahasiswa lain yg mewakili front AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) dalam menunjukkan solidariti terhadap perarakan aman #AcademicFreedom yang dianjurkan BEBAS dengan kerjasama SMM. 
:: Kelihatan Dua (2) orang Mahasiswa

Sebenarnya terdapat dua (2) orang yang bertanggungjawab dalam aksi menurunkan bendera yang berkibaran muka najib, tetapi persoalannya mengapakah hanya Adam Adli sahaja yang menjadi sasaran puak2 UMNO dan sekutunya?. 

Cuma mungkin snap yang terakhir itu kelihatan sosok tubuh Adam Adli kiranya. Untuk pengetahuan semua perkara yang harus jelas dalam perhimpunan ini adalah apabila bendera itu dilabuh turun oleh dua (2) orang mahasiswa itu tadi semua mahasiswa yang bersama dalam perhimpunan dan perarakan tersebut bertepuk tangan dan bersorak. 

Ini bermakna sekali pun puak-puak UMNO dan sekutu nak menuntut supaya Adam Adli dibuang oleh pihak kampus UPSI, rasanya rasional juga kiranya mereka (Puak-puak UMNO dan sekutu) melakukan perkara sama kepada kami semua yang bersama2 bertepuk tangan dan bersorak tika mana aksi penurunan bendera muka najib itu.

Pendirian

Saya cabar semua puak-puak UMNO dan sekutu seluruh Malaysia mengembleng tenaga dan semangat "cintakan" Najib supaya membuat demo bersekutu utk menggesa semua mahasiswa daripada perlbagai kampus turut dibuang dan disingkirkan pihak kampus dan universiti. Kalau itu pendirian kalian silakan. Jangan hanya seperti anjing menyalak bukit.

Saya ucapkan tahniah kepada semua puak-puak UMNO dan sekutu yang berdemonstrasi di hadapan UPSI semalam. Kami berbangga kerana akhirnya pihak UMNO dan sekutu mengiktiraf bahawa berdemo adalah satu cara menggesa mana-mana pihak untuk mendengar tuntutan. Tahniah sekali lagi. Cuma yang kami rasa kurang ajar pada pihak UMNO dan sekutu adalah cara mengugut dan melemparkan caci maki serta "meludah" serta "memijak" undang-undang negara yang sedia ada.

Pendirian AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) jelas, bahawa menyokong tindakan Adam Adli yang menurunkan bendera yang berkibaran Muka Najib di PWTC dengan beberapa sebab dan prinsip;

  • > Sibolik bahawa mahasiswa sudah muak dengan tindakan kerajaan yang mempersendakan nilai ilmu dan akademia yang berkaliber lantas menyebabkan pendidik menjadi kangkong.
  • > Simbolik bahawa mahasiswa sudah jelek dengan pindaan yang sudah menjengah 6 kali oleh pihak kerajaan tapi masih membuatkan mahasiswa mandom dan tidak dijamin haknya.
  • > Simbolik bahawa mahasiswa serius dengan tuntutan terhadap kerajaan. Jika masih dianggap main-main mahasiswa akan mengembleng seluruh tenaga untuk menumbangkan kerajaan dengan menggunakan ruang-ruang demokrasi yang sedia ada.
Undang-undang

Segala ugutan dan fitnah akan dianggap serius bagi pihak kami. Pihak kami melalui SMM tidak akan teragak-agak untuk memanjangkan perkara ini ke peringkat Mahakamah. Segala ugutan dan fitnah sudah pun kami dokumen kan. Negara ini ada undang-undang, ini bukan undang-undang rimba. Nak pukul nak ugut. Kalau berok disekolahkan pon masih hebat dari manusia yang tumpul aqalnya.


'Mahasiswa Mendepani ISU'

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)
Universiti Selangor

Friday 16 December 2011

SELURUH MAHASISWA DIJEMPUT HADIR !!!

Esok akan diadakan Perhimpunan Aman Mahasiswa dalam menuntut Kebebasan Akademik, Anjuran Jawatankuasa BEBAS!! Jom Mahasiswa kita bersolidariti menuntut PENCERAHAN AKADEMIK!!!

Masjid Jamek KL | 1 Petang | Sabtu | We Unite For Academic FREDOM

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), menyeru semua Mahasiswa Berpatisipasi!!

New Update: Himpunan mahasiswa

Difahamkan Jalan disekitar masuk ke Pusat Bandaraya KL terdapat byk sekatan Polis! Mahasiswa usah gentar utk hadir esok!
Why a bus of policemen r doing blocking at Jln TAR as 11pm thursday nite 
Lokasi Gambar : Maju Junction Mall
kredit gambar oleh : An Occupier Peter Parker

Himpunan Mahasiswa Malaysia ~

17 Disember 2011 bakal jadi sejarah baru untuk mahasiswa. Kita berhimpun untuk kebebasan, kita berkumpul untuk keadilan, kita bersatu untuk kebenaran. Ayuh anak muda. 17 disember, 1 ptg, Masjid Jamek Kuala Lumpur . Mahasiswa Untuk Malaysia Sejahtera.
 

Kenyataan Media AKSI -6 Dec , 2011 -


Kami pimpinan AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) menempelak tindakan pihak kerajaan berkenaan dengan isu Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU). Kami berpendirian bahawa isu berkenaan dengan kebebasan akademik amnya dan AUKU khususnya harus dipandang serius oleh pihak kerajaan. Ini kerana pengumuman Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini untuk sekadar meminda AUKU adalah satu tindakan kurang bijak dan hanya dilihat sekadar bermain tarik tali tentang tuntutan pemansuhan AUKU oleh mahasiswa.

Belum pun reda berita mengenai penarikan balik penggantungan terhadap Profesor Aziz Bari di UIA, kita digemparkan dengan berita pembatalan program yang melibatkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifudin Abdullah oleh pihak UIA sendiri berkaitan dengan buku kontoversi yang telah dikarang oleh beliau sendiri. Begitu juga dengan nasib Profesor Aziz Bari yang telah dihalang untuk membentangkan kertas kerja di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) serta penggantungan 5 orang mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Justeru itu, kami AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI) mengambil satu inisiatif untuk mengnjurkan satu program debat antara mahasiswa yang diwakili oleh kepimpinan tertinggi dalam kalangan mahasiswa di kampus. Kami telah menjemput panel-panel dari wakil IPTA seperti YDP MPM UiTM, YDP MPM UM, YDP MPM USM, YDP MPM UTM, YDP MPM UPM dan juga YDP MPP UPSI untuk berdebat bersama. Malangnya hampir kesemuanya menolak pelawaan kami untuk membincangkan isu AUKU dan Kebebasan Akademik. Tetapi hanya YDP MPM UM sahaja  yang berani menerima jemputan kami dan kami berasa amat kecewa selaku penganjur pentas perdebatan ini. Kami memandang serius penolakan untuk bersemuka dari setiap wakil dan melihat mereka bersifat bacul dan tidak matang serta memalukan kepimpinan yang mereka terajui sendiri.

Universiti bukannya kilang untuk membiakkan para robot dan mesin pekerja yang telah diprogramkan oleh pihak tertentu, tetapi jauh lebih besar dari itu, ia adalah gedung melahirkan para pemikir dan reformis. Mahasiswa telah melakar sejarah kegemilangannya pada satu ketika dahulu, sebagai agen pendesak dan pengimbang bagi pemerintah. Justeru, tindakan kepimpinan mahasiswa UiTM, USM, UTM, UPM dan juga UPSI adalah tindakan tidak profesional dan bersikap defensif serta acuh tak acuh dalam isu autonomi mahasiswa. Kami mencabar pihak berkenaan supaya menerima pelawaan kami untuk berdebat serta menyampaikan hujah dan idea mereka dalam pentas yang telah kami sediakan.

Namun kami tetap meneruskan pentas perdebatan yang panelnya adalah wakil aktivis mahasiswa daripada Pro Aspirasi,Mohd Syamsul Salleh dan juga Pro Mahasiswa, Ahmad Syukri Abd Razab yang bertajuk AUKU Dan Autonomi Mahasiswa pada Jumaat ini 9/12/2011 jam 8.30 malam di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Selangkah demi menyambut baik kenyataan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan bersolidariti atas kapasiti mahasiswa, kami berpendirian akan bersama-sama turun ke jalan pada 17/12/2011 (Sabtu) jam 2 petang di Dataran Merdeka bagi menuntut kebebasan akademik atas dasar prinsip serta tuntutan  yang telah BEBAS umumkan.

"Mahasiswa Mendepani Isu"

Ekhsan Bukharee Bin Badarul Hisham
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI).

Kenyataan Media -10 Dec 2011-

Pelbagai reaksi mengenai debat yang kami (AKSI Mahasiswa Peduli) anjurkan kelmarin. Antaranya daripada Timbalan Naib Canselor HEP UM sendiri iaitu Prof Datuk Dr Rohana Yusuf yang meminta bahagian keselamatan untuk memberhentikannya kerana kami telah melanggar kesalahan universiti di atas sebab tidak meminta kebenaran daripada pihak HEP sendiri. Tindakan itu tidak menunjukkan keprofesionalan beliau dan memalukan profesyen pensyarah serta ahli akademik umumnya.

Di atas paksi kebebasan berakademik, sewajarnya pihak universiti menyambut baik program yang kami anjurkan kerana ini adalah untuk mematangkan konsep ilmiah dalam minda mahasiswa itu sendiri. Dan kami berasa hairan mengenai program forum yang dianjurkan BEBAS sendiri pada dua hari sebelum debat ini berjalan, mengapa pihak universiti memberi kebenaran untuk dilaksanakannya? Adakah pihak universiti takut dengan memberi autoriti kepada panel-panel dalam forum itu? Panel-panel dalam forum itu adalah Prof Aziz Bari, Prof Abu Hassan dan juga Dr Rosli. Demi menjaga hubungan dan menjaga nama baik Universiti Malaya, mereka sanggup tidak menghiraukan prinsip dalam kebebasan berakademik ini. Kami berasa janggal terdapat sebuah universiti yang gah namanya pada suatu ketika dahulu, kini seakannya mahu mengekang mahasiswa dari terus bersuara dan melontarkan idea, malah dimomokkan dengan AUKU itu sendiri.

Kami mendapat respon mengenai pembatalan tempat di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang UM selepas speaker corner di Masjid Ar-Rahman UM selepas solat jumaat kira-kira jam 4 petang. Walaubagaimanapun kami tetap meneruskannya di sebelah perpustakaan Fakulti Undang-undang yang kecil ruangnya dan kami begitu teruja dengan kehadiran kira-kira 300 orang mahasiswa serta mahasiswi walaupun program kami disabotaj sebegitu rupa.

Lantaran dari provokasi itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dalam laman twitternya berasa dukacita debat AUKU di UM terbatal ketika ia sedang dijalankan dan beliau akan menyiasatnya. AKSI menyambut baik kenyataan beliau itu kerana kami merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mahasiswa diberikan autonomi. Beza dengan TNC HEP UM yang mendidik mahasiswa dengan mengagungkan birokrasi yang rumit daripada konsep ilmiah itu sendiri lalu menghalang mahasiswa dan tidak meminta penjelasan  daripada mahasiswa.

Tujuan kami hanya satu iaitu perbincangan ilmiah serta mahukan percambahan idea daripada mahasiswa kepada mahasiswa sendiri dan sebab itulah kami menganjurkan debat kelmarin. Oleh sebab itu AKSI seiring dengan pendirian Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) yang mahukan autonomi sepenuhnya kepada mahasiswa. Kami mahu mengingatkan tangan-tangan yang tidak sepatutnya agar tidak  memandomkan minda mahasiswa sendiri dari terus matang dan mampu menilai serta menjadi agen perubahan.  "Sedangkan anak kecil bermain api, terbakar hatinya yang suci," begitu jugalah kami di pihak mahasiswa yang menginginkan perubahan.

"Mahasiswa Mendepani Isu"

Ekhsan Bukharee Bin Badarul Hisham,
Setiausaha Akhbar AKSI.