Wednesday 21 December 2011

Tahniah Pro-Aspirasi!!!

Assalammualaikum...

Pendahuuluan


Alhamdulillah. Berikutan dengan perhimpunan aman yg dianjurkan oleh pihak Pro-Aspirasi kampus IPTA/S. Sy selaku ketua umum AKSI menyokong dan mendorong tindakan mereka ini. Apa yang mereka lakukan ini adalah selari dengan peruntukan perlembagaan Malaysia.

Setelah seberapa lama pimpinan mahasiswa cuba menerapkan nilai kesedaran hak asasi manusia kepada mahasiswa kampus akhirnya pimpinan Aspirasi mengiktiraf bahawa Demonstasi adalah salah satu cara untuk menunjukkan ketegasan dan memberi tekanan kepada pihak-pihak yang mereka sasarkan perhimpuunan itu. Tahniah secara peribadi saya panjangkan.

Pendirian
Terlihat pelbagai ekspresi masyarakat samada ahli politik mahupun pimpinan mahasiswa terhadap piket aman ini. Ada yang mencemuh dan tidak kurang juga yg menyokong. Saya selaku mahasiswa yg menjunjung perlembagaan malaysia mengambil pendekatan menyokong secara total tindakan mereka itu.

Jika masih terdapat pihak2 yang kurang senang, sy kira mereka ini barangkali cemburu atau masih tidak faham apa itu kebebasan bersuara yg diperjuangkan selama ini. Tidak perlu bersikap defensif kepada mana2 pihak, cukup kita peka bahawa apa yg mereka lakukan itu selari dengan perkara yg dinyatakan jelas dalam perlembagaan Malaysia.

AUKU 1971 dan sekutu

Apabila pimpinan aspirasi menunjukkan penafian mereka terhadap AUKU 1971 dan sekutu, ini merupakan kemenangan besar terhadap kami pimpinan gerakan mahasiswa. Benih yang kami tanam telah bercambah mengeluarkan hasil. Tinggal masa untuk di tuai.

Dalam masa yang sama ini pimpinan aspirasi sebenarnya bukan sahaja menyampai mesej secara tersurat iaitu yang mereka menyayangi DS Najib, malah dalam masa yang sama mereka juga membawa mesej yang jelas secara tersirat yg sebenarnya mereka juga sudah muak dengan akta yang mencengkam mahasiswa iaitu AUKU 1971 dan sekutu. Disebab kan itu lah mereka menggunakan saluran berdemonstrasi. Sepertimana yg mereka katakan sebelum ini bahawa berdemonstrasi itu diluar nilai intelektualisme mahasiswa. Kini mereka sudah pun termakan dengan kata-kata mereka sendiri.

Penutup
Tahniah kepada kepimpinan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kerana berjaya menyuburkan nilai-nilai hak asasi manusia kepada rakyat kampus secara seluruhnya. Usaha SMM ini jelas mendatangkan hasil kepada pembangunan intelektual mahasiswa secara kolektif sekaligus menjamin kepada penerapan nilai hak-hak asasi manusia sejagat yang telah termetrai dalam deklarasi sebelumnya.


'Mahasiswa Mendepani ISU'

MUhammad SHAhimi aRIFFin (mushariff)
Ketua Umum,
AKSI Mahasiswa Peduli (AKSI)

Universiti Selangor (unisel)

No comments:

Post a Comment